Luar Negara

COVID-19: Facebook padam, Twitter sembunyi hantaran dibuat Trump

LAMAN sosial Facebook bertindak memadam hantaran dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mendakwa wabak COVID-19 kurang berbahaya berbanding selesema.

BBC melaporkan, selain Facebook, ciapan Trump di Twitter juga ‘disembunyikan’ di sebalik satu amaran kerana dianggap “menyebarkan maklumat mengelirukan dan berpotensi merbahaya” berkaitan COVID-19.

“Musim selesema akan tiba! Ramai orang setiap tahun, kadang-kadang lebih 100,000, walaupun ada vaksin, mati akibat selesema.

“Apakah kita akan menutup negara kita? Tidak, kita kena belajar menghadapinya, sama seperti kita berdepan dengan COVID-19, di mana di kebanyakan populasi, ia jauh kurang berbahaya menyebabkan kematian,” katanya dalam ciapan pada Selasa.

Bagi membaca ciapan itu, pelayar Twitter perlu menekan butang amaran.

Susulan itu, Trump bertindak menulis hantaran: “Mansuhkan seksyen 230!!!”, merujuk kepada peruntukan undang-undang yang menyatakan media sosial tidak bertanggungjawab ke atas posting dibuat pengguna.

Terdahulu, Twitter dilaporkan memadam semua ciapan yang mendoakan kematian Trump dalam usaha menyekat salah guna media sosial sebagai medan mengkritik pemimpin negara itu.

Tindakan syarikat berpangkalan di San Francisco itu dibuat berikutan banyak mesej dan ciapan mendoakan kematian Presiden AS selepas beliau dilaporkan menerima rawatan di hospital akibat positif COVID-19 minggu lalu.

Twitter, dalam satu kenyataan, mempertahankan tindakannya dengan menegaskan bahawa perbuatan mendoakan kematian sesiapa saja adalah tingkah laku tidak sopan.

Pada Isnin, Trump meninggalkan Hospital Tentera Walter Reed, Maryland selepas tiga hari menerima rawatan dan mengumumkan akan ‘kembali menyertai jelajah kempen pemilihan Presiden tidak lama lagi’.

Kepulangan Trump menyusul ketika mana bilangan kakitangan White House yang dijangkiti COVID-19 masih belum dimuktamadkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: