Terkini

Ketua Hakim Syarie negatif COVID-19

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar disahkan negatif COVID-19.

Unit Komunikasi Korporat JKSM dalam satu kenyataan lewat malam tadi, memaklumkan Mohd Na’im menjalani ujian berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif virus tersebut, Isnin lepas.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Ketua Pengarah JKSM telah menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 pada 6 Okt di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya dan keputusan didapati negatif.

“Beliau sehingga hari ini juga dalam keadaan sihat dan tidak bergejala,” menurut kenyataan itu.

Zulkifli menghadiri majlis perasmian dan penutup Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara 2020 anjuran JKSM yang turut dihadiri Mojd Na’im di Movenpick Hotel and Convention Centre, Sepang, Selangor pada 29 dan 30 Sept lepas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: