Terkini

COVID-19: Seorang guru di SMK Taman Sea disahkan positif

KUALA LUMPUR – Seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 pada Rabu.

Perkara itu disahkan Pengarah Pendidikan Selangor, Izmi Ismail, yang memaklumkan guru tersebut didapati positif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan kali ketiga pada 5 Oktober lalu.

“Guru ini telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu namun untuk ujian saringan pertama dan kedua, guru ini didapati negatif.

“Dalam tempoh menunggu keputusan, beliau menjalani kuarantin di rumah dan tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Difahamkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 2J juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian saringan.

Manakala kelas sahaja ditutup bagi proses sanitasi dilakukan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: