Terkini

14 tahanan di PTS Tawau melarikan diri, tujuh masih diburu

TAWAU – Polis sedang memburu baki tujuh daripada 14 tahanan yang melarikan diri dari pusat tahanan sementara (PTS) Tawau pada awal pagi Jumaat.

Tujuh suspek yang masih diburu ialah Aidal Girol, 42; Anwar Awal, 35; Basri Jumbli, 29; Mad Kadir Basir, 36; Dal Mujiral, 40; Talim Tipayan, 36; dan Jaladi Benedi, 38.

Mereka yang diburu merupakan tahanan lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dan Indonesia yang akan dihantar pulang ke negara asal sementara menantikan keputusan saringan kesihatan COVID-19 keempat.

Laporan polis berhubung kejadian dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 10.30 pagi.Dalam kejadian kira kira jam 2 pagi semalam, seorang anggota Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengesan dua tahanan sedang memanjat pagar di belakang sebuah blok.

Difahamkan terdapat 14 tahanan ditempatkan di blok berkenaan.Usaha memburu yang dilancarkan berjaya menahan semula enam tahanan manakala seorang lagi tahanan berjaya ditahan dalam Op Tutup dan Op Kesan yang digerakkan tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas dalam kenyataannya lewat malam semalam menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar berhubung terus dengan Balai Polis Tawau atau mana-mana balai polis berdekatan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: