Gaya Hidup

JACK ‘N JILL Potato Chips perkenal perisa baharu, sambal udang

Kuala Lumpur – JACK ‘n JILL Potato Chips memperkenalkan perisa terbaharunya yang mengujakan iaitu perisa Sambal Udang yang pastinya menepati citarasa rakyat Malaysia yang rata-ratanya merupakan peminat tegar hidangan pedas dan menyelerakan itu.

Sejak tahun 1984, Jack ‘n Jill Potato Chips telah menjadi snek pilihan rakyat Malaysia bagi menceriakan mooddikala perlu. Kini, selepas 36 tahun menjadi ‘Temanmu Selalu’, JACK ‘n JILL ingin meraikan ikatan istimewa ini dengan memperkenalkan perisa baharu Sambal Udang.

Diperbuat daripada ubi kentang segar yang dihiris dalam bentuk V, lalu digoreng sehingga rangup, JACK ‘n JILLPotato Chips Sambal Udang menjanjikan sensasi rasa lokal Malaysia dengan setiap kunyahan. Ia memberi nikmat keenakkan sambal udang yang pedas serta kerangupan yang tiada tolok banding.

“Kami begitu teruja dengan perisa terbaharu JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang kerana kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar meneroka makanan tempatan yang asli. Sebagaimana sambal selalunya menjadi pelengkap bagi apa jua jenis hidangan orang Malaysia, kami mengharapkan kerepek kentang perisa Sambal Udang ini akanmenjadi pilihan para pengemar snek setiap kali mereka mengidam kudap-kudapan,” kata Emmanuel B. Puno, NaibPresiden Kanan (SVP) URC Snack Foods Indonesia, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Bersempena pelancaran ini, JACK ‘n JILL juga telah membentuk gandingan padu bersama pemenang AnugerahJuara Lagu Naim Daniel dengan pelukis kreatif multi-disiplin Cloakwork untuk menghasilkan beg tote edisi terhad yang bertemakan ‘Temanmu Selalu’.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 2020 – Naim Daniel pastinya tidak asing lagi setelah menempah nama dipersada muzik tanah air dalam genre Pop dan R&B dengan suaranya yang memukau rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat. Cloakwork pula merupakan artis jalanan yang telah melebarkan sayapnya diperingkat antarabangsa dengan karya lukisannya yang tidak konvensional dan mencuri tumpuan. Dengan menggabungkan minda kreatif kedua-dua anak muda ini, beg tote’Temanmu Selalu’ yang diilhamkan adalahbersifat warna-warni dan penuh keseronokan, seiring dengan perwatakan yang dikongsi mereka iaitu kreativiti; selain dua bidang yang telah menjadi darah daging mereka–muzik dan seni.

Mengulas mengenai kerjasama itu, Emannuel Punober kata: “Kami berasa amat gembira dapat menjemput dua anak Malaysia ini yang berbakat, untuk bersama-sama menghasilkan beg tote eksklusif ‘Temanmu Selalu’ ini. Ia sememangnya mengagumkan untuk melihat dua individu yang ceria dan kreatif ini berkongsi pandangan dan meluahkan idea masing-masing. Adalah diharapkan beg tote ini yang terhasil daripada usaha berjam-jam itu dapat menemani peminat-peminatJack ‘n Jill ke mana juadalam rutin seharian mereka.”


“Bagi saya, kerepek kentang JACK ‘n JILL adalah snek yang sentiasa menceriakan hati dan memberi rasa santai. Saya amat teruja terhadap kerjasama bersama snek kegemaran saya yang sejak zaman kanak-kanak lagi dalam pelancaran perisa baharu Sambal Udang ini dan juga peluang berkolaborasi dengan Cloakwork,” kata Naim Daniel.

“Peluang berkerjasama dengan Naim Daniel untuk menghasilkan beg ‘Temanmu Selalu’ telah membolehkan saya menyampaikan ‘rasa keseronokkan menikmati Jack ‘n Jill Potato Chips’ melalui stail karya saya yang berwarna-warni dan menyeronokkan. Melukis adalah impian saya dan saya begitu sukacita kerana kali ini saya telah mencipta karya saya pada kanvas yang agak berbeza berbanding kerja-kerja yang saya hasilkan sebelum ini,” kataCloakwork.

Beg toteEdisi Khas ‘Temanmu Selalu’ kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh negara, sementara stok masih ada, dengan hanya pembelian minimum RM10 JACK ‘n JILL Potato Chips Sambal Udang V-cut atau mana-mana produk JACK ‘n JILL Potato Chips dalam sekeping resit.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook (https://www.facebook.com/jnjpotatochips/) dan IG kami (https://www.instagram.com/jacknjillpotatochips/).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: