Terkini

Hajiji positif COVID-19

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor disahkan positif COVID-19, kata Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed Sunoh.

Beliau berkata, sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif COVID-19.

“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19 sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.

“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.

“Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Effendi turut menjelaskan kerajaan negeri tetap berfungsi seperti biasa.

Semalam, media melaporkan Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela dan perkara terbabit disahkan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: