Hiburan

Nur Fatima Aisya nama pilihan buat cahaya mata Fazura, Fattah

KUALA LUMPUR – Genap usianya tujuh hari, pasangan pelakon popular, Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin mengumumkan nama puteri kesayangan mereka, Nur Fatima Aisya.

Perkara itu dikongsi pasangan artis romantik itu menerusi kemas kini di laman Instagram fattzuralovelife, hari ini.

Dalam entri yang sama, sebuah rakaman video turut dimuat naik memaparkan Fazura, 37, sedang mendukung bayi perempuannya itu.

“Assalamualaikum. Hari ini genap tujuh hari saya dilahirkan pada Jumaar, 2 Oktober 2020.

“Nama saya ialah Nur Fatima Aisya Binti Abdul Fattah. Fatima berusia seminggu hari ini tetapi ‘daddy’ dan ‘mommy’ kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

“Tetapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima. Fatima syukur sangat kepada ‘aunties’ dan ‘uncles’ semua,” demikian menurut entri tersebut, pada Jumaat.

Selain itu, kenyataan di entri tersebut turut menzahirkan ucapan terima kasih, selain memberi bayangan bahawa Fazura dan Fattah akan memperkenalkan bayinya itu kepada umum apabila mereka sudah bersedia.

Setakat ini rakaman video tersebut telah mendapat tontonan lebih 34,000 pengguna Instagram.Rata-rata memuji nama bayi pasangan itu, selain mendoakan kesihatan mereka.

Pelakon filem Dendam Pontianak itu selamat melahirkan bayi sulungnya di sebuah pusat perubatan swasta, pada 2 Oktober lalu.Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: