DOHA – Qatar Calendar House (QCH) memaklumkan planet merah (Marikh) akan kelihatan lebih terang dan lebih besar berbanding hari biasa bermula petang esok hingga subuh Rabu ini, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Keadaan itu berlaku disebabkan Marikh akan mencapai kedudukan terhampir dengan Bumi pada pagi Rabu, 27 Safar, 1442 H, bersamaan 14 Oktober jam 2.18 pagi waktu tempatan Doha.

Marikh akan berada dalam kedudukan berselisih dengan matahari, dikenali secara astronomi sebagai fenomena pertembungan Marikh dan matahari.

Fenomena itu amat penting kerana dianggap peluang terbaik untuk mengamati dan melihat planet Marikh dari permukaan bumi dengan mata kasar atau menggunakan alat astronomi untuk jangka waktu terpanjang sepanjang tahun ini.

Pakar astronomi QCH, Dr Beshir Marzouk, berkata Marikh dijangka kelihatan hampir sepanjang malam kerana waktu terbit dan terbenamnya hampir sama dengan waktu matahari terbit dan terbenam.

“Ketika fenomena itu, Marikh akan berada di kedudukan paling jauh dari matahari dan berada sekitar 211.5 juta kilometer (km) dari pusat matahari.

“Pada masa sama, ia berada di kedudukan paling dekat dari bumi iaitu pada jarak 62.3 juta km dari pusat bumi,” katanya.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading