Hiburan

Noryn Aziz selamat diijabkabul

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Noryn Aziz selamat diijabkabul dengan Shaik Rizal Shaik Sulaiman dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Damansara, di sini malam tadi.

Juara program Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro itu menikahi usahawan berkenaan dalam suasana norma baharu dan memenuhi prosedur operasi standard (SOP).

Difahamkan pasangan berkenaan memilih bernikah lebih awal berbanding perancangan awal pada 25 Oktober ini ekoran pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi negeri-negeri di Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor.

Pasangan berkenaan juga pada awalnya merancang untuk mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka pada 1 November ini.

Bagaimanapun, rancangan itu terpaksa ditunda pada tarikh baharu sebaik selesai PKPB.Ini merupakan pernikahan kedua bagi pasangan berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: