Terkini

Dua produk metformin yang ditarik balik tidak dibekalkan di Malaysia

PUTRAJAYA – Dua produk metformin yang ditarik balik dari pasaran oleh syarikat pengeluarnya, Marksans Pharma Limited, tidak berdaftar di Malaysia dan tidak dibekalkan di fasiliti kesihatan di negara ini.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Datin Dr Faridah Aryani Md Yusof berkata hanya produk metformin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sahaja yang dibenarkan untuk dibekalkan kepada pesakit diabetes di negara ini.

“Sebanyak 68 produk metformin yang berdaftar dengan PBKD dan berada di pasaran Malaysia, telah menjalani pengujian impuriti N-Nitrosodimethylamine (NDMA).

“Produk metformin yang berada di pasaran pada masa kini tidak dikesan mengandungi NDMA atau tidak melebihi had impuriti NDMA,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Faridah Aryani berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) akan memanggil balik kelompok produk metformin yang terlibat daripada pasaran sekiranya mempunyai impuriti NDMA yang melebihi had.

Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), NDMA boleh meningkatkan risiko terjadinya kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang.

Pada Jumaat lalu, CNN Health melaporkan dua produk metformin yang digunakan untuk pesakit diabetes telah ditarik balik kerana mengandungi bahan penyebab kanser yang tinggi berikutan pengesanan NDMA yang telah melebihi tahap penerimaan antarabangsa.

Dua produk metformin yang ditarik balik dari pasaran ialah Metformin Hydrochloride Extended-Release Tablets USP 500mg dan Metformin Hydrochloride Extended-Release Tablets USP 750mg.

“KKM sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan sentiasa terjamin.

“Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: