Politik

Sebar nama 121 Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim dipanggil ke Bukit Aman

KUALA LUMPUR- Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima 113 laporan polis berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, Anwar telah diminta untuk hadir memberi keterangan pada 16 Oktober di pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Anwar sepatutnya dipanggil memberi keterangan jam 11 pagi Isnin lalu, namun setiausaha sulitnya memaklumkan beliau hanya dapat hadir pada Selasa jam 9 pagi.Bagaimanapun temujanji itu ditangguhkan polis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: