Terkini

Bekalan air di 162 kawasan terjejas pulih sepenuhnya – Air Selangor

KUALA LUMPUR – Sejumlah 162 atau 13 peratus daripada 1,292 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran pada Isnin, telah pulih sepenuhnya setakat 9 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata sebanyak 1,130 lagi kawasan di wilayah terjejas masih dalam proses pemulihan.

“Pengguna dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar bagi kawasan yang masih belum menerima bekalan air dan mengikut jadual pelan pemulihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Elina berkata Air Selangor terus menggerakkan 121 lori tangki air ke premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terjejas.

Pengguna juga boleh mendapatkan bantuan bekalan air melalui pili awam yang disediakan untuk kemudahan pengguna semasa tempoh pemulihan bekalan air.

Elina berkata orang ramai boleh merujuk senarai pili awam di laman sesawang http://www.airselangor.com.

“Pengguna dinasihatkan mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) semasa mengambil bekalan air dari lori tangki dan di pili awam,” katanya.

Pemakluman status pemulihan bekalan air akan dikeluarkan Air Selangor dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram Air Selangor serta laman sesawang www.airselangor.com, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: