PUCHONG – Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) dan Shopee telah memulakan kerjasama unik untuk membolehkan para pengguna menikmati pengalaman membeli atas talian dari farmasi secara selamat dan tanpa berasa bimbang. Melalui kolaborasi ini, para pengguna kini dapat mengenal pasti farmasi yang disahkan oleh MPS di Shopee dengan melihat pada Sijil Pengesahan MPS di kedai atau storefront farmasi tersebut. Sijil ini memberi jaminan bahawa kedai atas talian tersebut adalah milik farmasi yang sah dengan lesen ahli farmasi daripada Kementerian Kesihatan.

Usaha sama ini adalah sebahagian daripada objektif MPS demi meningkatkan kesedaran awam
dalam sektor kesihatan sambil menekankan peranan farmasi sebagai pusat kesihatan yang
sesuai untuk komuniti atas talian tempatan. Hal ini penting dalam usaha untuk memberikan
masyarakat awam akses yang lebih baik kepada ahli farmasi bagi mendapatkan bantuan
berkenaan masalah kesihatan mereka, terutama semasa berlakunya pandemik global ini yang
belum pernah terjadi sebelum ini.


Presiden MPS, Amrahi Buang berkata, “Kami memahami betapa pentingnya memastikan ubat
(bukan racun sahaja) dan suplemen yang dibeli oleh orang ramai daripada sumber atas talian
sememangnya selamat untuk digunakan dan diambil serta berdaftar dengan Kementerian
Kesihatan. Kerjasama dengan Shopee ini selari dengan misi MPS untuk meningkatkan
profesion farmasi di Malaysia sambil menangani masalah yang betul-betul dihadapi berkenaan
pengalaman berkaitan kesihatan di atas talian. Dengan MPS dan Shopee kedua-duanya
berusaha menyediakan persekitaran membeli-belah atas talian yang lebih selamat untuk rakyat
Malaysia, kami menggalakkan para pengguna untuk memanfaatkan usaha sama yang
mengetengahkan Sijil Pengesahan MPS ini dan membuat pembelian mereka dari farmasi yang
dipercayai yang menampilkan pengesahan MPS.”


Menyokong kenyataan ini, Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Lebih ramai
rakyat Malaysia kini berada atas talian untuk membeli-belah walaupun bagi mendapatkan
vitamin dan suplemen mereka. Ini membuktikan kepentingan e-dagang. Itulah sebabnya kami
meningkatkan perkhidmatan dan polisi kami secara proaktif demi melindungi pembelian
pengguna kami serta kesejahteraan mereka, sebaik mungkin. Menerusi kolaborasi bersama
MPS ini, kami akan dapat mencapai perkara tersebut dan memberi ketenangan fikiran kepada
rakyat Malaysia apabila mereka membeli produk kesihatan dan kesejahteraan. Pembelian
mereka juga akan terus dilindungi oleh Polisi Jaminan Shopee kami.”


Polisi Jaminan Shopee menyaksikan platform e-dagang tersebut memegang pembayaran
kepada penjual secara escrow sehingga pembeli mengesahkan bahawa barangan yang
diterima adalah betul dan tulen serta berada dalam keadaan baik sebelum bayaran tersebut
diberi kepada penjual.

Farmasi-farmasi di Shopee layak untuk menerima pengesahan MPS apabila:


● Kedai farmasi fizikal mereka mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli farmasi
berdaftar yang mempunyai lesen Racun Jenis A (untuk ahli farmasi sahaja), dan
● Sekurang-kurangnya salah seorang daripada ahli farmasi mereka merupakan ahli MPS.

Melengkapkan kerjasama ini, MPS juga akan berkongsi kepakaran mereka kepada pengguna
Shopee dengan mengadakan sesi Shopee Live pada 21 Oktober pada pukul 5 petang dan pada
30 Oktober pada pukul 8 malam. Dalam sesi ini, ahli MPS akan berkongsi nasihat dan petua
berguna mengenai pembelian dan penggunaan produk farmasi kepada para penonton. Baucar
istimewa dan hadiah menarik juga bakal dimenangi.

Leave a Reply