Politik

Mesyuarat MKT UMNO pada Selasa ditangguh sehingga selesai PKPB

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadual berlangsung di Janda Baik, Pahang, esok (20 Okt) ditangguhkan sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitter malam ini, memaklumkan walaupun mesyuarat itu dibuat di Pahang yang tidak dikenakan arahan PKPB, prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai perjalanan rentas negeri memerlukan kebenaran pihak polis. 

“SOP MKN mengenai perjalanan rentas negeri di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memerlukan kebenaran polis walau mesyuarat dibuat di negeri tiada PKPB.

“Kes COVID-19 yang makin tinggi juga sukarkan pertemuan 57 ahli Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) secara bersemuka,” katanya.

PKPB di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa dari 14 hingga 27 Okt ini.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: