Terkini

Pencemaran Sungai Selangor: 13 peratus kawasan mula terima bekalan air

KUALA LUMPUR – Pengguna di Selangor yang terjejas akibat gangguan bekalan air tidak berjadual mula menerima bekalan air pagi ini.

Setakat jam 9 pagi, sebanyak 162 daripada 1,292 kawasan (13 peratus) telah menerima bekalan air, manakala 1,130 lagi kawasan masih terjejas.

Antara kawasan yang pulih termasuk di kawasan Petaling, Hulu Selangor, Klang, dan Kuala Selangor.

Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air beransur pulih selepas semua empat loji terjejas sudah kembali beroperasi jam 6 petang pada Isnin.

Empat loji terlibat ialah Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang.

Loji-loji tersebut dihenti tugas bermula jam 2 pagi Isnin susulan insiden pencemaran sumber air mentah yang dikesan di Sungai Selangor.

Pada masa sama, Air Selangor menggerakkan sebanyak 121 lori tangki air ke premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis serta kawasan perumahan yang terkesan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: