Terkini

Subang Jaya diisytihar sebagai bandar raya

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya diisytihar menjadi Majlis Bandaraya Subang Jaya berkuat kuasa pada Selasa.

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, pengisytiharan itu mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Dalam masa yang sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Noraini Roslan dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya.

“Perkara itu mengikut Subseksyen 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Kata Amirudin, Kerajaan Negeri merafak sembah menjunjung kasih Sultan Selangor di atas perkenan yang diberikan dan berharap dengan pemasyuran Majlis Bandaraya Subang Jaya ini, pembangunan mapan bandar itu.

Pembangunan mapan Subang Jaya dan lokaliti sekitarnya akan terus dimantapkan melalui sistem penyampaian perkhidmatan berkelas dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: