Terkini

PKPB: Perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya ditangguhkan

KUALA LUMPUR – Perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah di mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya ditangguhkan berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga 9 Nov ini, demikian menurut Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP).

Menurut PKPMP dalam kenyataannya hari ini, panduan pengendalian kes-kes di mahkamah yang dikeluarkan pejabat itu pada 17 Mac lalu adalah terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara panduan berkenaan ialah perbicaraan dan pendengaran kes sivil dan jenayah ditangguhkan dan penetapkan tarikh perbicaraan dan pendengaran yang baharu akan dimaklumkan kemudian.

Pengurusan kes sivil secara eReview akan terus dijalankan seperti biasa secara dalam talian manakala pengurusan kes sivil secara manual akan ditangguhkan dan akan diberikan tarikh yang baharu, menurut PKPMP.

Permohonan untuk tahanan reman akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.

Menurut PKPMP, panduan berhubung pendengaran kes secara dalam talian yang dikeluarkan oleh pejabat itu pada 26 Mac dan 24 April lepas juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya hingga 9 Nov ini.

Panduan itu menyatakan pihak dalam kes mahkamah boleh memohon kepada mahkamah untuk pendengaran kes sivil secara dalam talian dengan persetujuan pihak-pihak dalam kes berkenaan.

Semua panduan berkenaan juga terpakai untuk mahkamah-mahkamah di Sabah susulan pelanjutan penguatkuasaan PKPB hingga Nov 9 di negeri itu.Menurut PKPMP, pemakaian panduan berkenaan perlu diubah suai dengan mengambil kira keperluan mahkamah-mahkamah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan kepada pegawai bertanggungjawab di mahkamah-mahkamah yang berkenaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: