Terkini

PKPD di Flat Sungai Emas, Plaza Hentian Kajang, Kampung Haji Baki 28 Oktober

KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari di dua kawasan di Selangor serta satu kawasan di Sarawak berkuat kuasa 28 Oktober ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan atau lokaliti itu ialah Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang di Selangor, selain Kampung Haji Baki, Kuching (Sarawak).

Beliau memberitahu, PKPD di Flat Sungai Emas itu melibatkan Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 yang membabitkan tujuh blok flat serta rumah teres dengan bilangan 1,300 penduduk.

“Sehingga 24 Oktober lalu, sebanyak 1,044 saringan telah dilaksanakan di flat berkenaan dan 42 daripada mereka didapati positif COVID-19,” katanya pada sidang media di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, PKPD Plaza Hentian Kajang pula melibatkan 7,500 penduduk.Daripada 909 ujian saringan yang dilakukan katanya, 63 individu didapati positif.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, selepas pembentangan daripada kerajaan negeri Sarawak mengenai peningkatan kes positif di Kampung Haji Baki, kerajaan mengambil keputusan melaksanakan PKPD di kawasan itu untuk tempoh yang sama.

PKPD itu katanya, merangkumi 532 unit rumah yang melibatkan 4,191 penduduk.

“Dengan pelaksanaan perintah ini semua penduduk dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk tiada pergerakan keluar dan masuk melainkan bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian.

“Begitupun mereka perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Semua sektor ekonomi, sukan, sosial, budaya dan sebagainya tidak dibenarkan sepanjang tempoh itu, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: