Gaya Hidup

Penjual dalam platform Shopee jangka peningkatan jualan 100% sempena festival 11.11

Kuala Lumpur – Platform e-dagang Shopee melalui tinjauan yang dilakukan mendapati ianya membuka peluang dalam suasana norma baharu dengan mencatatkan sebanyak 11,850 penjual yang menyertainya. Melalui tinjauan itu, 70% daripadanya mempunyai sehingga enam orang tanggungan.

Walaupun dengan pekerjaan tetap, 35.4% daripada keseluruhan responden
mendedahkan bahawa mereka telah menggunakan e-dagang untuk memperoleh sumber
pendapatan kedua dan juga ketiga bagi isi rumah masing-masing. Purata pendapatan dari jualan sebanyak RM2,750* dari platform Shopee sahaja.

Ini menunjukkan bahawa e-dagang membuka peluang bagi para usahawan, tanpa mengira jantina, lokasi dan usia. Daripada 11,850 penjual yang terlibat, 5,406 merupakan usahawan baharu perniagaan mereka dikendalikan 100% secara atas talian.

72% adalah usahawan wanita. Mereka kebanyakannya menawarkan produk kesihatan dan
kecantikan, pakaian wanita serta aksesori fesyen dan mampu menghasilkan secara purata
sebanyak RM3,950* sebulan.

Walaupun bilangan usahawan luar bandar hanya berjumlah 13.3%, ia wajar diketengahkan
bahawa penembusan adalah sejauh Pontian, Johor; Kuala Nerus, Terengganu dan Kabong,
Sarawak, dan didorong terutamanya oleh golongan wanita muda.

Hasilnya, Shopee mendapati bahawa e-dagang juga memudahkan pembekalan produk istimewa tempatan ke seluruh negara seperti keropok lekor, kek lapis, ikan bilis Pangkor, belacan, cencaluk dan
banyak lagi, memberi pengguna lebih banyak variasi di atas talian. Purata jualan bulanan sebanyak RM3,200*.

Pengarah Urusan Serantau Shopee. Ian Ho, berkata, hasil tinjauan menunjukkan bahawa e-
dagang menawarkan peluang yang sama rata kepada semua untuk berniaga di atas talian.

Selain membantu dalam menambah baik kehidupan orang ramai, ini juga menunjukkan bahawa
e-dagang dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membentuk tenaga kerja moden.
Perkara ini dipermudah kerana platform seperti Shopee menawarkan ekosistem e-dagang holistik yang merangkumi penyelesaian pembayaran dan logistik bersepadu, serta sokongan
pemasaran dan operasi bagi membawa trafik yang tinggi ke platform kami, yang seterusnya
dapat meningkatkan jualan untuk penjual kami.

“Dengan adanya infrastruktur yang kukuh, kami dapat memperkasa rakyat Malaysia untuk mengendalikan kedai atas talian dan memperoleh keuntungan, sama ada secara sepenuh masa atau sambilan, tanpa mengira identiti dan asal usul mereka.”

Bagi festival Shopee 11.11 ini, responden mengatakan bahawa mereka akan meningkatkan jumlah inventori sebanyak dua kali ganda sebagai persediaan. Pada masa yang sama, 70.2% daripada penjual menjangkakan peningkatan jualan sekurang- kurangnya 100% di kedai Shopee mereka pada 11.11 Jualan Hebat ini berbanding tahun 2019 dan turut menjangkakanpeningkatan jualan lima kali ganda.

Ho berkata bahawa sifat optimis penjual memberi gambaran betapa hebatnya festival membeli-belah atas talian global terbesar ini untuk para pengguna.

“Dengan bekerjasama rapat dengan jenama, peruncit dan penjual, kami memberikan potongan
harga menarik dan tawaran yang tidak patut dilepaskan untuk dinikmati Rakyat Malaysia hingga
11 November. Mereka boleh menikmati penghantaran percuma setiap hari dengan perbelanjaan
minimum RM11, mendapat lebih nilai dengan baucar diskaun 50% setiap hari serta tawaran
Jualan Kilat Shocking Sale 11 sen dan RM1.”

Shopee mendedikasikan 11.11 untuk mencipta pengalaman bersama yang lebih hebat. Para
pengguna di seluruh negara akan dihubungkan dan diberi inspirasi melalui tawaran serta ciri dan
hiburan yang dipertingkatkan seperti 11.11 Big Show yang dapat disaksikan pada 11 November
dari pukul 9 malam hingga 11 malam di Shopee Live, TV3, Tonton dan YouTube.

Shopee juga akan memperkukuh komitmennya dalam memperkasakan komuniti tempatan
menerusi 11.11 Big Charity, iaitu usaha amal serantau pertamanya. Di Malaysia, platform e-
dagang tersebut akan bekerjasama dengan organisasi amal seperti Yayasan AIDS Malaysia
(MAF) dalam meningkatkan kesedaran dan sumbangan kepada mereka yang hidup dengan
penyakit HIV termasuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: