Terkini

Yayasan Peneraju lantik Mohd Muzammil Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan
Peneraju) telah melantik Mohd Muzzammil Bin Ismail, 31, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
baharunya untuk menerajui usaha agensi tersebut dalam memupuk dan mengembangkan bakat
bumiputera ke potensi tertinggi.


Di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri, Yayasan Peneraju adalah inisiatif kerajaan
yang bertujuan memperkukuhkan bakat dan kemampuan bumiputera di seluruh Malaysia untuk
menghadapi cabaran global.


Dengan pelantikan Muzzammil, Yayasan Peneraju akan meneruskan usahanya dalam
meningkatkan bilangan bakat bumiputera yang kompeten dalam ekonomi berpendapatan tinggi
melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.


Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasikan aspirasi lebih dari 33,000 penerima faedah
dari seluruh Malaysia melalui 261 program pembiayaannya, dengan agihan peruntukan
sebanyak RM716 juta dalam tempoh lapan tahun.


Mengulas mengenai pelantikan Muzzammil, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Menteri
Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) selaku menteri yang bertanggungjawab ke
atas Yayasan Peneraju mengatakan bahawa beliau yakin Muzzammil akan dapat menjalankan
tugas dengan baik bersama tenaga kerja Yayasan Peneraju.


“Pengalaman bekerja dengan pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian tinggi pada masa
lalu akan dimanfaat untuk memimpin Yayasan Peneraju, untuk terus mengemudinya ke tahap
yang sama dengan yang ada di negara maju, dari tenaga kerja yang intensif ke status ekonomi
bernilai tinggi dengan pendapatan tinggi.


“Fokus yang akan diberikan kepada beberapa bidang dan sektor baharu untuk menambah nilainilai yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju selaras dengan agenda Wawasan Kemakmuran
Bersama 2030 (WKB2030),” katanya.


Dengan latar belakang pendidikan sebagai perancang bandar, Muzzammil memperoleh Ijazah
dengan kepujian dalam Perancangan Bandar & Wilayah dari Universiti Sains Malaysia pada
tahun 2012 di bawah tajaan JPA. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat
Sarjana dalam bidang Perancangan Harta Tanah dan Perancangan di Heriot-Watt University,
United Kingdom di bawah tajaan MARA, dan kini sedang menunggu tarikh viva PhD dalam
bidang Geografi dengan Durham University, United Kingdom di bawah biasiswa KPM-UUM.

Pada tahun 2019, beliau memperoleh Sijil Pengurusan Pelancongan dari University of
Queensland, Australia, Sijil Strategi Korporat dari University of London-UCL School of
Management dan Diploma Pentadbiran Perniagaan & Pengurusan dari Institute of London
Business & Management. Pada masa yang sama dari sudut amalan profesional, beliau
merupakan ahli MRTPI, MIP, LPBM, MAFM, CIHM, PATA and AIH antara lain.


Muzzammil juga adalah Pengerusi bagi sebuah anak syarikat milik NAFAS iaitu Nafas Agri
Services Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Audit dan
Urustadbir di LETSB, Ahli Lembaga Pengarah di LADA ECO TOURISM Sdn Bhd, dan Pelaburan
Mara Berhad. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat di Institut Penyelidikan
Belia (IYRES) sebuah agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan. Sebelum ini pernah
berkhidmat sebagai Felo Akademik di UUM, pegawai penyelidik di USM, dan UM termasuk juga
di beberapa firma juruukur dan perancang bandar seperti Think-City Geografia dan BLT
Architect.


Muzzammil turut terlibat dalam penerbitan 5 buah buku akademik, 4 jurnal artikel dan lain-lain
artikel di majalah selain pernah menjadi penulis ruangan kolum bersiri surat khabar seperti Sinar
Harian, Kosmo, Utusan, The Star dan Berita Harian berkenaan pendidikan, perancangan
bandar, pengurusan bencana dan politik.


Dari segi kemasyarakatan, beliau juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan aktivisma di mana
beliau merupakan Pengerusi bagi sebuah NGO berdaftar iaitu, Pertubuhan Angkatan Baru
Malaysia (Angkatan) dan merupakan Presiden bagi sebuah akademi pemikir belia iaitu Akademi
Bunga Raya Malaysia. Banyak kerja-kerja di lapangan seperti membantu keluarga yang kurang
bernasib baik telah dijalankan. Beliau juga aktif dalam sukan mencabar di mana telah dilantik
sebagai Penasihat Kehormat Persatuan Payung Terjun Malaysia (MYPA) dan Pertubuhan Seni
Silat Pusaka Gayung Malaysia. Pada masa yang sama beliau berjaya ditauliahkan sebagai
Inspektor Kor Sukarelawan Siswa-Siswi Polis DiRaja Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: