Kuala Lumpur – JETOUR Malaysia terus memperkukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV tempatan menerusi pelancaran JETOUR T1, sebuah SUV urban serba baharu yang mengetengahkan gabungan reka bentuk moden, teknologi pintar dan ciri praktikal bagi memenuhi keperluan pemanduan harian pengguna Malaysia.
Model baharu ini dibangunkan berasaskan falsafah Travel+, yang menjadi identiti jenama JETOUR dalam menghasilkan kenderaan yang bukan sahaja sesuai untuk kegunaan harian, malah mampu memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa bersama keluarga dan rakan.

Menurut Naib Presiden JETOUR Auto Malaysia, Nicholas Ng, pelancaran T1 merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang syarikat untuk mengembangkan portfolio SUV di Malaysia, selaras dengan permintaan pengguna yang semakin cenderung terhadap kenderaan yang menawarkan gabungan reka bentuk premium, teknologi moden danunkan untuk memenuhi kehendak pengguna yang mahukan sebuah SUV moden dengan teknologi pintar serta1 menampilkan bahasa reka bentuk utilitarian moden dengan gabungan elemen lasak dan elegan. Bahagian hadapan diserlahkan menerusi lampu utama LED Storm-Eye, gril bersaiz besar dan garisan badan yang kemas bagi memberikan penampilan lebih premium nilai yang kompetitif.
“Segmen SUV di Malaysia terus menunjukkan potensi yang kukuh. JETOUR T1 dibangunkan untuk memenuhi kehendak pengguna yang mahukan sebuah SUV moden dengan teknologi pintar serta kepraktisan untuk kegunaan harian,” katanya.
Reka Bentuk Moden dengan Kabin Luas
JETOUR T1 menampilkan bahasa reka bentuk utilitarian moden dengan gabungan elemen lasak dan elegan. Bahagian hadapan diserlahkan menerusi lampu utama LED Storm-Eye, gril bersaiz besar dan garisan badan yang kemas bagi memberikan penampilan lebih premium.

SUV ini dibina menggunakan platform monocoque dengan jarak roda 2,800mm, sekali gus menawarkan kestabilan pemanduan serta ruang kabin yang lebih luas untuk keselesaan penumpang.
Empat pilihan warna ditawarkan kepada pelanggan iaitu Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold dan Carbon Black.
Dua Varian Ditawarkan
JETOUR T1 hadir dalam dua pilihan enjin.
Varian 1.5L TGDi 2WD menggunakan enjin turbo 1.5 liter yang menghasilkan 170PS dan 270Nm tork, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh kelajuan untuk prestasi yang lancar dalam pemanduan harian.
Bagi mereka yang mahukan prestasi lebih tinggi, varian 2.0L TGDi XWD menawarkan enjin turbo 2.0 liter berkuasa 245PS dengan 375Nm tork serta sistem pacuan semua roda pintar (XWD) yang memberikan cengkaman lebih baik di pelbagai permukaan jalan.

Kedua-dua varian dilengkapi pelbagai ciri moden termasuk kluster meter digital 10.3 inci, paddle shifter, tempat duduk berbalut kulit tiruan, tempat duduk pemandu larasan kuasa, tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan, lampu ambien, pengecas tanpa wayar 50W, pembantu suara, Apple CarPlay serta Android Auto tanpa wayar, selain tujuh port USB.
Turut disediakan ialah pengelap automatik dengan sensor hujan dan pintu belakang berkuasa bagi memudahkan penggunaan harian.
Varian 1.5L TGDi 2WD menerima rim aloi 18 inci, skrin infotainmen 12.8 inci serta sistem audio lapan pembesar suara.
Sementara itu, varian 2.0L TGDi XWD menawarkan lebih banyak kelengkapan premium seperti rim aloi 19 inci, bumbung suria panoramik, tempat duduk penumpang hadapan dengan pelarasan kuasa dan perehat kaki, skrin infotainmen 15.6 inci serta sistem audio Sony sembilan pembesar suara.
Penarafan Lima Bintang ASEAN NCAP
Dari aspek keselamatan, JETOUR T1 dilengkapi enam beg udara SRS, sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) Tahap 2 serta sistem paparan panoramik bagi membantu meningkatkan keyakinan ketika memandu.
Model ini turut menerima penarafan lima bintang ASEAN NCAP dengan skor keseluruhan 87.67 mata, sekali gus mengesahkan tahap keselamatan yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Harga dan Jaminan
Di Malaysia, JETOUR T1 ditawarkan pada harga:
- JETOUR T1 1.5L TGDi 2WD – RM129,800
- JETOUR T1 2.0L TGDi XWD – RM146,800
Kedua-dua harga adalah tanpa insurans.
Bagi memberikan ketenangan kepada pemilik, JETOUR Malaysia menawarkan jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, jaminan rangkaian kuasa selama 10 tahun atau 1 juta kilometer, selain lima servis penyelenggaraan percuma.
Sempena pelancarannya, 2,000 pelanggan pertama yang mendaftarkan JETOUR T1 akan menikmati rebat RM2,000 serta kadar pembiayaan bermula serendah 1.68%, tertakluk kepada terma dan syarat.
Model baharu ini kini boleh dipandu uji dan ditempah di 43 bilik pameran rasmi JETOUR di seluruh Malaysia.
