Terkini

COVID-19: Dewan Rakyat lulus usul sidang minggu ini hingga 1 tengah hari

KUALA LUMPUR – Selepas sesi Dewan Rakyat semalam ditangguhkan selepas jam 1 tengah hari, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan hari ini sekali lagi membentangkan usul yang sama.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu, selari dengan Peraturan Mesyuarat 12 (1) mencadangkan agar sesi persidangan untuk 3, 4 dan 5 November bermula dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Persidangan Kamar Khas untuk tarikh yang sama, diawalkan dari pukul 11.30 pagi hingga 1 tengah hari, atau sehingga selesai urusan dalam kamar berkenaan.

“Parlimen tetap diteruskan dengan pengubahsuaian masa dan takwim sebagai langkah berhati-hati pencegahan berkaitan COVID-19 selaras dengan nasihat pakar dan badan profesional,” katanya melalui ciapan di Twitter beliau.

Kedua-dua usul berkenaan diluluskan dengan lebih suara menyokong dalam Dewan Rakyat.Semalam, ketika Takiyuddin membentangkan usul yang sama berkata, keputusan tersebut dibuat selepas satu mesyuarat tergempar diadakan bersama 11 Ahli Parlimen dan wakil Ketua Pengarah Kesihatan bagi usaha untuk mengekang pandemik COVID-19.

“Mesyuarat tersebut telah mengambil beberapa ketetapan yang pertamanya, suatu norma baharu berhubung Persidangan berdasarkan kepada faktor-faktor dengan syarat apa-apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan Dewan ini tidak menjejaskan hak Ahli-ahli Parlimen untuk bertanya soalan, dan berbahas di Dewan ini.

“Kedua, pihak Parlimen akan mengendalikan satu tatacara pentabiran yang melibatkan catatan kehadiran Ahli-ahli Parlimen dan keluar masuk Dewan.

“Ketiga, ketua-ketua parti akan diberi arahan bagi memenuhi segala Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetap oleh pihak Parlimen,” katanya ketika membaca usul tersebut di Dewan Rakyat pada Isnin.

Dalam pada itu, ketika bangkit mencelah usul pertama Takiyuddin, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mohon penjelasan mengenai seorang Polis Bantuan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang disahkan positif COVID-19 ada bertugas di Parlimen, dan menimbulkan risiko kepada staf yang lain.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun bagaimanapun menjelaskan anggota polis berkenaan tidak ditempatkan di Parlimen.

Semalam media melaporkan, anggota polis berkenaan merupakan antara tujuh yang didapati positif COVID-19 susunan saringan yang dilakukan di Parlimen pada 28 November lepas.

Selain itu, Senator Ras Adiba Radzi turut memaklumkan bahawa pegawai khas beliau yang merupakan adiknya sendiri Ras Afiona Radzi turut sah positif COVID-19.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: