Terkini

Suspek kes bunuh Siti Nur Surya direman 7 hari, menggigil dan menangis di mahkamah

MARANG – Pelajar perempuan Tingkatan Enam yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan Siti Nur Surya Ismail, 19, dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus, direman selama tujuh hari sehingga Isnin depan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek berusia 19 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang kira-kira jam 10.10 pagi.

Menerusi laporan, suspek kelihatan menggigil sebaik sahaja dibawa turun dari kenderaan polis sebelum dibawa ke mahkamah.

Malah, suspek yang berpakaian lokap berwarna ungu kelihatan mengalirkan air mata.

Berdasarkan siasatan, suspek mengakui melakukan perbuatan itu berpunca dari kata mengata sehingga berlaku salah faham dan pergelutan dengan mangsa.

Suspek yang juga kenalan mangsa sebelum ini ditahan selepas diserahkan ibunya pada 8.15 pagi semalam ketika datang ke Balai Polis Telemong.

Tangkapan terhadap suspek dibuat berdasarkan bukti yang ditemui di lokasi kejadian dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa.

Sebelum ini dilaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: