Terkini

Ahli Parlimen perlu jalani saringan setiap 2 minggu

KUALA LUMPUR – Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani saringan COVID-19 setiap dua minggu, selari usaha kerajaan untuk mengekang penularan wabak berkenaan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata arahan itu disampaikan dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semalam.

Sehubungan itu, Azhar berkata, pentadbiran Parlimen akan mengeluarkan notis pemberitahuan dari semasa ke semasa mengenai keperluan menjalani ujian saringan terbabit.

“Jika ada kes positif dicatatkan di Parlimen, penilaian prosedur operasi standard (SOP) sewajarnya akan dilakukan.

“Malah, perlu diingatkan, sebarang penularan jangkitan bakal menyebabkan bangunan Parlimen ditutup sekiranya perlu berbuat demikian,” katanya dalam pemasyhuran yang dibacakan timbalannya, Datuk Seri Azalina Othman Said, di Dewan Rakyat, hari ini.

Azhar berkata, Ketua Pengarah Kesihatan turut menitipkan pesanan kepada Ahli Parlimen untuk tidak mengadakan sebarang majlis jamuan atau mesyuarat membabitkan kelompok yang besar.

Arahan itu terpakai sama ada di dalam premis Parlimen atau di luar, selari langkah pencegahan yang digariskan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengelak pertemuan dalam keadaan tertutup atau sesak.

“Jika perlu pun bermesyuarat dan kumpul, pohon patuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM dengan ketat.

“Ahli Parlimen juga dinasihatkan supaya mengehadkan pergerakan masing-masing semasa di luar premis Parlimen, sepanjang tempoh persidangan dan mengelakkan bergaul atau menghadiri majlis keramaian serta berada di tempat sesak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: