Terkini

Kelahiran wajib didaftar biarpun ibu, bapa terkandas di luar negara – KDN

KUALA LUMPUR – Ibu atau bapa, atau mana-mana individu yang mengetahui mengenai sesuatu kelahiran di negara ini, wajib untuk melakukan pendaftaran, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

KDN berkata, ia selaras dengan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sabah Chapter 123) 1951 bagi Negeri Sabah, dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Sarawak Chapter 10) 1951 bagi Negeri Sarawak.

Ketiga-tiga undang-undang tersebut jelas menyatakan tanggungjawab mendaftarkan kelahiran berkenaan kepada JPN tanpa mengira taraf kewarganegaraan, keturunan atau latar belakang, menurut Kementerian lagi.

“Bagi kes pendaftaran kelahiran yang bapanya berada di luar negara akibat terkandas, JPN akan melaksanakan urusan pengesahan identiti berkaitan bagi membolehkan maklumat bapa direkodkan dalam Sijil Kelahiran.

“Sukacita diingatkan agar individu yang mengemukakan permohonan pendaftaran kelahiran berkenaan hendaklah membawa bersama dokumen pengenalan diri ibu bapa, pengesahan kelahiran, Buku Rawatan Ibu Mengandung, dan dokumen perkahwinan ibu bapa anak tersebut,” kata KDN lagi.

Kementerian berkata demikian bagi menjawab soalan Nor Azrina Surip (Pakatan Harapan-Merbok) yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sepanjang wabak COVID-19, terdapat ibu warganegara Malaysia yang melaporkan tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak mereka tanpa kehadiran bapa bukan warganegara yang terkandas di luar negara.

Selain itu, beliau ingin mengetahui bagaimanakah pendaftaran kelahiran anak yang dilahirkan di Malaysia kepada wanita warganegara Malaysia itu akan diproses.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: