Terkini

Belanjawan 2021: Agong berkenan terima menghadap Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan, Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkenaan penyediaan Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada 6 November ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara memaklumkan, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima sembah taklimat ringkas mengenai kedudukan ekonomi dan fiskal negara dan majlis menghadap itu berlangsung selama 70 minit di Istana Negara pada Rabu.

Susulan pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan harapan agar kerajaan dapat memperhalusi sebaiknya cadangan yang telah dikemukakan bagi merangka Belanjawan 2021 yang bersifat inklusif dan komprehensif serta berpaksikan kebajikan rakyat, pemulihan ekonomi negara dan pembendungan efektif pandemik COVID-19.

“Seri Paduka Baginda juga turut dimaklumkan mengenai usaha Kementerian Kewangan bagi penyediaan Belanjawan 2021 sejak bulan Julai 2020, melalui lebih 40 sesi libat urus yang melibatkan lebih 2,000 individu dan wakil perniagaan, termasuk para wakil daripada parti-parti politik negara yang telah diadakan baru-baru ini.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada kerajaan serta parti-parti politik di atas semangat bipartisan dan pemuafakatan yang telah ditunjukkan.

“Al-Sultan Abdullah berpendapat amalan kematangan berpolitik dengan mengenepikan perbezaan dan kepentingan parti atau peribadi amatlah penting pada ketika ini demi keselamatan dan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara yang amat terkesan akibat bencana wabak COVID-19,” jelasnya.

Jelasnya, semangat ini adalah selaras dengan budaya syura yang dianjurkan oleh Islam sebagaimana yang telah dipamerkan oleh Raja-Raja Melayu dalam sesi Perbincangan Khas di Istana Negara pada 25 Oktober, 2020 yang lalu.

“Dalam keadaan kita menghadapi situasi yang sukar dan genting ini, adalah wajar kita mendahulukan kemaslahatan masyarakat umum di atas kepentingan individu secara khusus.

“Ia sejajar dengan kaedah fiqh dengan merujuk kepada Al-Muwafaqat (jilid 3, mukasurat 88) yang bermaksud mengambil kira kemaslahatan umum adalah lebih didahulukan daripada mengambil kira maslahah khusus,” katanya.

Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan harapan agar semangat kerjasama yang dizahirkan oleh pelbagai pihak dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: