Terkini

Tusukan dan serpihan mata pisau di leher punca kematian

KUALA TERENGGANU – Tusukan dan serpihan mata pisau yang ditemui di leher dipercayai antara punca kematian Siti Nur Surya Ismail, 19, yang disyaki dibunuh rakan sekolahnya di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, selain itu, kesan tikaman berganda ditemui di beberapa bahagian badan mangsa turut dipercayai antara punca kematian mangsa.

“Akibat kecederaan itulah mangsa mengalami pendarahan bagaimanapun, kami masih menunggu hasil bedah siasat sepenuhnya daripada pihak hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika diminta mengulas berhubung tular di laman sosial yang mendakwa motif pembunuhan adalah kerana hutang, beliau berkata, pihaknya juga akan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk apa yang ditularkan netizen.

“Bagaimanapun, sehingga hari ini siasatan awal pihak kami masih menjurus motif kepada sindir menyindir dan kata mengata seperti dimaklumkan sebelum ini,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: