Terkini

EIWU gesa kerajaan beri kebenaran pengeluaran Akaun 1 KWSP

GEORGE TOWN – Kesatuan Pekerja-pekerja Perusahaan Letrik (EIWU) menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari Akaun 1, bagi mengurangkan bebanan pekerja yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Setiausaha Agung EIWU Md Zaimi Muhamad Yusof dalam satu kenyataan berkata EIWU sependapat dengan beberapa organisasi bukan kerajaan, parti politik dan ahli akademik dalam menyuarakan sokongan penuh terhadap cadangan pengeluaran Akaun 1 caruman KWSP oleh pekerja yang terjejas.

Beliau berkata kebanyakan yang sangat terkesan akibat wabak itu adalah dalam kalangan kumpulan B40 dan M40 yang hilang pekerjaan.

“Walaupun bantuan kerajaan seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) telah disalurkan untuk meringankan beban pekerja yang terlibat, namun bantuan itu hanya sedikit dan tidak dapat meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Alizakri Alias yang menyebut kerajaan telah memberikan beberapa bantuan langsung seperti Prihatin, Prihatin SME+, Penjana dan KITA Prihatin sebagai tidak relevan dan tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan.

Menurut Md Zaimi, EIWU sependapat dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bahawa kajian terperinci diperlukan untuk mengenal pasti mekanisme dengan melibatkan semua pemegang taruh untuk menentukan jumlah yang munasabah dan mengenal pasti pekerja yang teruk terkesan akibat pandemik itu.

“EIWU berpendapat bahawa caruman pekerja dalam KWSP harus diberi kebenaran untuk digunakan oleh kumpulan sasar B40 dan M40 pada saat yang amat memerlukan ini.

“Walaupun tuntutan ahli untuk pengeluaran bukan jumlah yang besar, angka yang munasabah mestilah dibenarkan oleh KWSP dari Akaun 1 kerana caruman itu adalah milik ahli berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: