Hiburan

Filem ‘Roh’ terpilih wakili Malaysia ke Anugerah Oscar

KUALA LUMPUR – Pihak Jawatankuasa Pemilihan Filem Finas telah memilih karya filem berjudul Roh untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93 bagi kategori Filem Antarabangsa.

Menurut satu kenyataan rasmi daripada pihak Finas, pemilhan filem Roh itu dibuat oleh jawatankuassa berkenaan yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan yang profesional dan berpengalaman.

“Pemilihan tersebut telah melalui proses penilaian terperinci berdasarkan kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaan, sinematografi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur,” ujar Finas dalam kenyataan itu.

Sejak tahun 2004, Finas telah mencalonkan satu karya filem tempatan untuk bertanding di anugerah berprestij tersebut.

“Finas sentiasa komited dalam menyokong segala usaha ke arah memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat antarabangsa,” tambah kenyataan itu lagi.

Roh yang merupakan filem seram indie terbitan syarikat produksi Kuman Pictures Sdn Bhd berkisar dalam tema mitos dan kepercayaan masyarakat.

Ia mengisahkan tentang kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

Selain penerbit eksekutif Amir Muhammad dan Emir Ezwan bertindak selaku pengarah, naskhah tersebut turut dijayakan oleh barisan pelakon berpengalaman seperti Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Junainah M Lojong dan Putri Qaseh.

Hanya dengan bajet serendah RM360,000, filem itu menjalani penggambaran dalam tempoh 15 hari, di sebuah lokasi rimba di Dengkil, Selangor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: