Terkini

Belanjawan 2021: Pengecualian duti setem bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000

KUALA LUMPUR- Kerajaan memberikan pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah kediaman pertama bernilai sehingga RM500,000 bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz  berkata pengecualian tersebut adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025.

Selain itu, katanya kerajaan juga melaksana inisiatif bagi pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman dan surat cara pindah milik diberikan kepada kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai dilanjutkan bagi tempoh lima tahun lagi.

“Pengecualian ini adalah untuk perjanjian jual beli yang disempurnakan mulai 1 Januari, 2021 sehingga 31 Disember, 2025 bagi projek perumahan terbengkalai yang disahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: