Pembentangan Belanjawan 2021 oleh Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyaksikan usaha yang bersifat inklusif terhadap aspek digital oleh Kerajaan ketika pihak Kerajaan mengimbangkan antara menangani isu-isu kehidupan serta pendapatan rakyat dan merancakkan semula ekonomi domestik.
Kami digalakkan oleh penyambungan inisiatif seperti Shop Malaysia Online dan Kempen E-dagang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) yang bertujuan untuk memacu penggunaan dalam negara, menstabilkan aliran tunai, meningkatkan hasil serta mendorong pertumbuhan ekonomi melalui platform-platform e-dagang.
Sebagai sebuah syarikat yang sentiasa komited dalam memperkasakan perniagaan tempatan, Shopee akan melengkapkan lagi inisiatif-inisiatif ini dan menggandakan usaha kami bagi membantu perniagaan menyertai ekosistem digital melalui bengkel penjual percuma kami iaitu Shopee University dan ciri-ciri dalam aplikasi seperti Shopee Live, dompet mudah alih ShopeePay dan banyak lagi.
Kami memandang serius terhadap mandat bagi pemain e-dagang seperti kami dan akan memperdalam komitmen dan sumbangan kami untuk memastikan kemakmuran Rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi melalui teknologi kami.
Lazimnya, kami berhasrat untuk mengikuti kejayaan yang dicapai melalui inisiatif e-dagang PENJANA. Shop Malaysia Online yang beroperasi di Shopee dari bulan Ogos hingga September menyaksikan sekitar 83,000 penjual dan jenama tempatan yang turut serta mencatatkan penjualan lebih dari setengah bilion Ringgit di platform kami. Subsidi dalam bentuk diskaun, pulangan tunai dan baucar penghantaran percuma telah memanfaatkan hampir 3 juta rakyat Malaysia, seterusnya membantu mengurangkan beban kos sara hidup.
Shopee secara efektif juga telah mendigitalisasikan lebih daripada 40,000 MSME Malaysia melalui Kempen E-dagang Perusahaan Mikro dan PKS PENJANA di mana Shopee dan pihak kerajaan telah memberikan manfaat berjumlah lebih daripada RM1,500 kepada para penjual e-dagang baharu.