Terkini

COVID-19: JAWI saran semua Masjid KL, Putrajaya laksana Solat Hajat esok hingga Isnin

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyarankan semua masjid, surau Jumaat dan surau diri Jumaat sementara di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat hajat.

Pengarahnya Mohd Ajib Ismail berkata saranan bagi memohon perlindungan Allah SWT itu, susulan peningkatan kes COVID-19 yang tinggi dan membimbangkan di negara ini sejak beberapa hari lepas.

“Disarankan solat hajat dilakukan esok (6 Nov) selepas solat Jumaat dan 7 hingga 9 Nov selepas Solat Maghrib di semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Semoga doa yang dimunajatkan dengan penuh keikhlasan, rendah diri, keyakinan dan pengharapan diperkenan oleh Allah SWT,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Malaysia mencatat jumlah kes baharu lebih 1,000 untuk tiga hari berturut sejak 3 Nov dengan jumlah kes hari ini sebanyak 1,009 kes.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: