Gaya Hidup

Tune Hotel KLIA-klia2 dinobatkan Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia 2020

KUALA LUMPUR – Tune Hotel Kuala Lumpur International Airport (KLIA-KLIA2) telah dinobatkan sebagai Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia untuk tahun kedua berturut-turut oleh World Travel Awards (WTA).

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group Gareth Lim berkata anugerah ini adalah antara pelbagai anugerah lain yang dimenangi kumpulan untuk tahun ini.

Ormond Group ialah syarikat induk Tune Hotel KLIA-KLIA2.

Lim berkata hotel itu telah mencapai kejayaan dengan mengalahkan pesaing terkemuka lain dalam kalangan kumpulan hotel antarabangsa.

“Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar untuk industri hospitaliti tetapi saya amat berbangga dengan usaha dan ketekunan pasukan kami dalam menyediakan perkhidmatan sebaik mungkin kepada para tetamu,” kata beliau.

Sementara itu, Tune Hotel KLIA-KLIA2 akan melancarkan pakej Hotel Lapangan Terbang Terkemuka Asia dengan menawarkan harga promosi untuk bilik dan perkhidmatan di hotel berkenaan dalam tempoh 12 bulan ini.

“Tetamu berulang dan pelawat kali pertama boleh mendapatkan harga bilik serendah RM180 semalam, 20 peratus diskaun untuk makanan dan minuman dan naik taraf ruang sedia ada ke kategori bilik premium,” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: