Terkini

Sultan Johor berkenan terima taklimat isu keselamatan negara

JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin di Istana Flintstones, dekat Mersing.

Menerusi hantaran berserta gambar di dalam laman Facebook Sultan Johor, dalam pertemuan bersama baginda itu Hamzah mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di dalam dan juga luar negara.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud.

Menurut hantaran itu, Hamzah turut mempersembahkan taklimat mengenai isu-isu keselamatan di Johor termasuk perkembangan terkini situasi COVID-19 di negeri ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: