KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu, Sabtu ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tadi Majlis Keselamatan Negara (MKN) membentangkan perkara itu pagi tadi tetapi belum diluluskan.

Katanya, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga sudah melakukan pembentangan SOP baharu berkaitan sektor ekonomi negara.

“Ada beberapa cadangan termasuk untuk kelonggaran, kita sudah meminta MKN membincangkan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi membentangkan SOP ini.

“Kita akan bincang semula dan akan menentukan dalam Mesyuarat Khas MKN kerana ia membabitkan dasar baharu,” katanya dalam sidang media keselamatan COVID-19, hari ini.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading