Terkini

Malaysia Healthcare terima sokongan Kerajaan merangsang industri pelancongan kesihatan.

Kuala Lumpur – Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan belanjawan bagi industri pelancongan kesihatan yang diletakkan di bawah bidang kuasa Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC).

Industri pelancongan kesihatan telah diiktiraf sebagai antara perkhidmatan eksport utama yang
berpotensi untuk mengukuhkan ekonomi negara. MHTC komited untuk menggunakan
peruntukan belanjawan tersebut bagi merangsang industri pelancongan kesihatan dalam usaha
membantu pemulihan ekonomi Malaysia dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan
penjagaan kesihatan melalui pendigitalan.

“Bagi pihak MHTC, dengan rasa rendah diri, kami berterima kasih dan sangat menghargai
sokongan berterusan daripada Kerajaan yang telah memperuntukkan sebanyak RM 35 juta
seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Dalam keadaan sekarang yang serba mencabar, kepercayaan yang Kerajaan berikan ini merupakan satu amanah yang besar kepada MHTC untuk terus memacu industri pelancongan kesihatan sebagai langkah ke arah memulihkan ekonomi negara.

Sehingga kini, Malaysia Healthcare telah membudaya dan mengadaptasi norma – norma baharu pasca pandemik COVID-19 dengan sokongan padu yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan Majlis Keselamatan Negara.

Malaysia Healthcare mempunyai potensi untuk menyumbang sehingga RM10 bilion kepada ekonomi apabila industri kembali pulih. Kepercayaan berterusan terhadap Malaysia Healthcare akan membuka lebih banyak peluang untuk mendukung transformasi dalam penjagaan kesihatan yang akan meningkatkan ekonomi sektor penjagaan kesihatan secara khusus dan seterusnya turut memberi manfaat kepada rakyat Malaysia secara amnya.

Sokongan dan pengiktirafan terhadap Malaysia Healthcare ini juga akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai the World’s Healthcare Marvel,” kata Sherene Azli, Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Healthcare Travel Council

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: