Terkini

76 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya – Air Selangor

KUALA LUMPUR – Sejumlah 977 atau 76 peratus daripada 1,279 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang akibat pencemaran pada Selasa lepas, menerima bekalan air sepenuhnya setakat jam 9 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 302 kawasan masih dalam proses pemulihan.

“Pengguna disaran membiarkan air pili mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan air akan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang terjejas berjalan lancar seperti jadual,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, wilayah Kuala Selangor mencatat peratus pemulihan tertinggi iaitu 99 peratus diikuti Hulu Selangor (91 peratus), Petaling (85 peratus), Kuala Langat (80 peratus), Kuala Lumpur (79 peratus), Gombak (57 peratus) dan Klang/Shah Alam (52 peratus).

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi media sosial Air Selangor.

Pada Selasa, empat LRA tersebut dihenti tugas susulan pencemaran bau dikesan.

Elina berkata, bantuan bekalan air alternatif di pili-pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) masih disediakan untuk kemudahan pengguna yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: