Politik

Isu ‘DG takut mati’ : MP Kepong diarah keluar keluar dewan, digantung lima hari

KUALA LUMPUR – isu ‘DG takut mati’ berlarutan hingga hari ini yang menyaksikan seorang Ahli Parlimen pembangkang dihalau keluar dewan selama lima hari oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Lip Lim Eng (PH-Kepong) dikenakan tindakan itu selepas ingkar arahan Speaker dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Azhar berhubung isu yang dibangkitkan.

Malah, pada satu ketika Azhar mengarahkan bentara Dewan Rakyat meminta bantuan polis apabila Lim Eng enggan mematuhi arahan supaya keluar dewan.

Azhar juga dilihat hilang sabar apabila meninggikan suaranya ketika mengarahkan Lim Eng keluar dewan yang mana Lim Eng akhirnya mematuhi arahan keluar dewan.

Terdahulu Azhar ketika mempengerusikan persidangan mengarahkan Lim Eng duduk selepas beliau menyatakan perintah yang dibuat Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman semalam berhubung perbahasan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) yang menyentuh berkaitan isu ‘DG takut mati’ semalam adalah bodoh.

Isu itu bermula apabila Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) bangun meminta Azhar membuat petua berhubung ucapan King Sing semalam dan mencadangkan supaya Menteri Kesihatan diarahkan membuat kenyataan dan memohon maaf yang mana Speaker menyatakan perintah sudah dibuat dan beliau tiada kuasa membuat arahan itu.

Kenyataan Tze Tzin itu juga disokong Lim Guan Eng (PH-Bagan).

Bagaimanapun, Lim Eng mencelah menyatakan keputusan Azhar itu sebagai bodoh.

Tindakan itu menyebabkan Dewan Rakyat kecoh dan beberapa penyokong kerajaan meminta Lim Eng menarik balik kata-katanya itu.

Berang dengan kenyataan itu, Azhar meminta Lim Eng keluar dewan dan mengenakan pergantungan dua hari.

Lim Eng tetap enggan keluar dan terus mempertikaikan tindakan Azhar menyebabkan Speaker itu menambah pergantungan kepada lima hari.

Tindakan itu menyebabkan kekecohan di Dewan Rakyat dan beberapa ahli parlimen pembangkang bangun membantah supaya polis tidak dibabitkan dalam urusan dewan tetapi Azhar menyatakan beliau ada kuasa untuk berbuat demikian.

Azhar menyatakan beliau terpaksa mengambil tindakan itu kerana Lim Eng enggan mematuhi arahan walaupun bentara Dewan Rakyat sudah diarahkan mengiringi keluar.

“Saya boleh panggil polis kerana itu kuasa saya sebagai Speaker melancarkan perjalanan mesyuarat,” katanya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: