Bisnes

Shopee 11.11: Jualan hebat dengan 200 juta barangan tingkat ekonomi digital

Kuala Lumpur – Shopee berjaya mencipta impak besar di 11.11 Jualan Hebat, menepati visinya untuk menjadikan e-dagang untuk semua. Dikuasai oleh sokongan padu daripada pengguna dan perniagaan di setiap daripada tujuh pasarannya, Shopee menyaksikan momentum jualan kukuh sepanjang hari, seterusnya mempertingkatkan perniagaan di rantau ini di samping membawa keseronokan kepada
pengguna.

Di rantau ini, para penjual yang mengambil bahagian dalam 11.11 Jualan Hebat buat kali pertama menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa, dengan Shopee membuka peluang baharu untuk usahawan dan PKS.

Para pengguna berkumpul di Shopee sepanjang tempoh 11.11 Jualan Hebat diadakan untuk membeli-belah, bermain, dan menjalin interaksi yang bermakna. Lebih daripada 20 juta jam penstriman langsung ditonton di Shopee Live, manakala permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan lebih daripada 2.5 bilion kali.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami berasa amat bersyukur dengan sokongan padu yang ditunjukkan semasa 11.11 Jualan Hebat; kejayaannya mencerminkan pertumbuhan e-dagang yang berterusan di rantau ini dan peluang luas yang ditawarkan kepada perniagaan dan pembeli. Acara membeli-belah seperti 11.11 Jualan Hebat juga membolehkan kami mencabar batas inovasi, memperkenalkan ciri dan inisiatif baharu untuk memperkasakan dan menjadi pemboleh kepada jenama, peruncit dan penjual ketika mereka merancakkan usaha ke arah pemulihan dalam keadaan ekonomi semasa.”

Di Malaysia, aktiviti membeli-belah melonjak semasa 11.11 Jualan Hebat dengan orang ramai beralih ke Shopee untuk mendapatkan tawaran terbaik daripada jenama dan penjual kegemaran mereka, sambil menikmati pengalaman membeli-belah yang mudah melalui ekosistem Shopee.

Kelengkapan rumah dan kediaman, produk elektronik serta barangan runcit dan barangan haiwan peliharaan merupakan kategori produk yang paling popular.

“Melihat trend pengguna dan prestasi perniagaan-perniagaan tempatan, tidak dapat dinafikan bahawa e-dagang mempunyai potensi untuk memberi impak positif kepada komuniti-komuniti kami. Kami akan terus mengorak langkah ke hadapan berpandukan visi kami agar mereka dapat memperoleh manfaat daripada e-dagang tidak kira siapa mereka dan di mana mereka berada. Kami berharap untuk mengakhiri tahun ini dengan penuh bermakna melalui acara penutup kami yang kian menjelang, iaitu 12.12 Birthday Sale”, katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: