Uncategorized

PERGAK beri peluang 22 bekas banduan bekerja di industri perkilangan

Klang – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) hari ini menghantar 22 orang bekas banduan sebagai tenaga kerja baharu kepada syarikat pembuatan perabot, Pellitalia Living Sdn.Bhd.

Melalui program I-Kembali yang membantu bekas banduan mendapatkan pekerjaan selepas tamat hukuman penjara ini sekali gus membolehkan mereka membina hidup baru dan berada dalam kelompok masyarakat.

Dilihat sebagai satu usaha membuka ruang dan peluang kedua kepada bekas banduan, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad, selaku Pengerusi Pertubuhan berkata program ini adalah dengan usaha Jabatan Penjara Malaysia dengan menempatkan peserta yang telah disaring ditempatkan di enam sektor pekerjaan iaitu perkilangan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian dan perladangan, pemasaran serta pengurusan.

Dari kiri, Datuk Seri Siti Murni Sheikh Ahmad, Pengerusi Pertubuhan, Penggerak NGO, Lee Lian Lee & Pengurus kilang, Maria Koh

“Untuk hari ini, kami menghantar 22 orang atas permintaan majikan yang ingin tenaga tempatan bagi memenuhi kekosongan di syarikatnya.

“Kami di PERGAK amat menghargai dan bangga kerana usaha membawa bekas banduan mendapat pekerjaan mula diterima para majikan dan ini sekaligus membantu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing.

“Ini juga membuka peluang kepada bekas banduan yang menyertai program kami untuk membina kehidupan baru yang lebih baik dengan memberi mereka pekerjaan yang juga dilihat mampu menjana ekonomi khusunya kepada warganegara tempatan” katanya kepada Malaysianews TV.

Pengurus Pellitalia Living Sdn.Bhd, Maria koh menjelaskan pihak syarikat mengetahui berkenaan program I-Kembali melalui salah seorang pekerjanya sekitar bulan september lepas dan terus memutuskan mengambil tenaga kerja dari program ini.

“Pihak kami sangat mengalu-alukan tenaga kerja tempatan kerana ini juga dapat membantu rakyat Malaysia sendiri”

“Kami dapat tahu, para peserta program juga ada di kalangan yang mahir dalam bidang pertukangan kerana menjalani latihan ketika dalam penjara dan kita patut berikan mereka peluang untuk bekerja dan mencari rezeki” katanya.

Peserta program yang dihantar bekerja ini terdiri dari mereka yang berumur sekitar 23 tahun sehingga 45 tahun.

Turut difahamkan, peserta yang berjaya mendapat pekerjaan akan dipantau oleh PERGAK dan Jabatan Penjara Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: