Luar Negara

EU bakal lulus dua vaksin COVID-19

BRUSSELS – Kesatuan Eropah (EU) bersedia untuk meluluskan dua vaksin COVID-19 yang diuji Pfizer-BioNTech dan Moderna sebelum akhir bulan depan.

Ketua EU, Ursula von de Leyen, berkata, Agensi Perubatan Eropah (EMA) juga bersedia memberi kelulusan pemasaran bersyarat selewat-lewatnya pada pertengahan Disember jika tiada sebarang masalah berbangkit.

“Kami juga meneruskan rundingan dengan Moderna dan Novavax,” katanya sambil menambah 27 pemimpin EU turut menyokong program pembelian vaksin itu.

Gergasi farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech dari Jerman yang bekerjasama menghasilkan vaksin itu mendakwa ujian klinikal menunjukkan kejayaan memberangsangkan dan sudah menyerahkan data berkenaan kepada EMA.

Syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS), Moderna pula mendakwa ujian vaksin yang sedang dihasilkannya menunjukkan 95 peratus keberkesanan.

EMA yang berpangkalan di Armsterdam bertanggungjawab meneliti hasil ujian terbabit sebelum mengesyorkannya kepada EU untuk kelulusan.

EU mempunyai kontrak untuk membeli jutaan dos vaksin daripada BioNTech, Prevac, AstraZeenca dan Sanofi jika ubat berkenaan dijual di pasaran.

Ketua EU itu turut berkata, EMA berhubung setiap hari dengan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS dalam urusan membabitkan syarikat menghasilkan vaksin dari negara itu.

“Jika tiada sebarang masalah, EMA akan memaklumkan kepada kami yang kelulusan pemasaran bersyarat kepada BioNTech dan Moderna dapat direalisasikan pertengahan bulan depan,” katanya.

Pengasas bersama BioNTech, Ugur Sahin berkata syarikat berkenan berharap akan mendapat kelulusan itu dengan kadar segera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: