Gaya Hidup

Pizza Hut Tawar Menu Baru Cheesy Poppers, pesan terus ke rumah anda

Kuala Lumpur – Pizza Hut kini menghidupkan semula keseronokan menjamu piza dalam suasana norma baharu dengan penawaran menu terbaru iaitu Piza Cheesy Poppers.

Piza Cheesy Poppers ini hadir dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju selain ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam, dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas. Piza ini juga dilengkapi dengan sos keju pekat dan berkrim untuk pengalaman Cheesy Poppers yang lebih hebat. 

Pizza Hut berinspirasi untuk membantu rakyat Malaysia kekal erat walaupun di waktu yang penuh dengan ketidakpastian ini dengan berkongsi keseronokan melalui produk terbaharu mereka, piza Cheesy Poppers dihantar terus ke hadapan pintu rumah anda bersama dengan pengaktifan tarian #pulldippop di platform TikTok.

“Setelah berbulan-bulan akur dengan SOP dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk pelanggan- pelanggan kami mengeratkan hubungan dan berseronok bersama keluarga dan orang tersayang,” kata Emily Chong, Ketua Pegawai Pemasaran, Pizza Hut Malaysia.

Piza Cheesy Poppers dijual mulai hari ini sehingga 31 Disember 2020 di semua cawangan Pizza Hut di seluruh negara. Didatangkan dengan 18 kerak piza yang berintikan dua jenis keju dan ditaburi topping lazat seperti pepperoni, bebola ayam, dan dilimpahi dengan sos BBQ smokey tomato khas.

Piza ini juga dilengkapi dengan sos keju pekat dan berkrim, untuk pengalaman Cheesy Poppers yang lebih hebat. Piza ini sememangnya dicipta untuk mencetuskan mood bergembira dan berseronok sambil menikmati hidangan lazat ini bersama-sama, dimana pelanggan boleh menikmatinya dengan cara menarik poppers ini dan mencelupnya dengan sos keju untuk kelazatan maksimum dan rasa ‘syok’.

Pizza Hut menawarkan piza Cheesy Poppers pada harga bermula RM38.30 untuk hidangan ala carte. Bagi hidangan yang lebih besar, anda boleh mendapatkannya dalam pelbagai bentuk kombo pada harga serendah RM44.90. 

Ia boleh dipesan melalui aplikasi Pizza Hut dan juga perkhidmatan penghantaran foodpanda dan GrabFood. Bukan itu sahaja, ia juga menampilkan khidmat pesanan yang ditawarkan melalui WhatsApp EasyOrder di talian 016-7552525 untuk mendapatkan piza anda bermula hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: