Terkini

65 banduan penjara Tapah bakal bekerja dibawah program i-Kembali

Tapah – Pertubuhan Rakan Ghullam Kembali (PERGAK) hari ini memberi taklimat kepada 65 orang banduan yang akan mengikuti program i-Kembali. Kesemua dari mereka juga akan diberi penempatan dan mula bekerja pada 27 november ini.

Pengarah Penjara Tapah, Kamarudzaman Mamat berkata ini merupakan kali kedua selepas 25 peserta program kepada banduan yang dibebaskan pada bulan Ogos lepas, dan menerima baik program ini bagi memberi peluang kepada bekas banduan memulakan hidup baru.

65 banduan yang akan mengikuti program I-Kembali itu disaring dan dipilih sebaiknya untuk mengikuti program ini dan ianya telah melalui pelbagai peringkat pemilihan antaranya temuduga, saringan kesihatan, semakan rekod dan sebagainya.

“Seramai 65 lagi akan dibebaskan secara berlesen, antaranya yang terlibat dengan kes dadah dan jenayah kecil, pada 26 November ini, sebelum mula dibawa bekerja,” katanya dalam sidang media taklimat program I-Kembali kepada banduan terlibat di Penjara Tapah di sini, hari ini.

“Banduan yang layak menyertai I-Kembali terdiri daripada pesalah yang dijatuhi hukuman tidak melebihi setahun dan telah menjalani separuh daripada hukuman mereka, mereka yang dipilih ini menepati syarat aktiviti program pembangunan insan dengan markah tertentu” tambahnya.

Pengerusi pertubuhan, Datuk Seri Siti Murni berkata banduan yang menyertai I-Kembali akan menjalani sesi motivasi di Pusat Penjagaan dan Pemulihan Ghullam (GRCC) di Salak Tinggi, Selangor selama 14 hari sebelum memulakan pekerjaan di kilang sarung tangan berdekatan.

“Mereka akan dibawa ke GRCC di Salak Tinggi pada 26 november dan mula bekerja pada 27 november, bermakna kami ada 14 hari untuk memberi motivasi, melatih dan tingkatkan jati diri sebelum mula bekerja”.

“Alhamdulillah, program ini dapat respon dan sokongan baik dari Jabatan Penjara Malaysia malah dari ahli keluarga bekas banduan sendiri.

“Apa yang kami harapkan agar usaha melalui program ini sedikit sebanyak mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dengan memberi platform kepada bekas banduan sebagai tenaga kerja” katanya kepada media.

Beliau berkata kesemua peserta dilihat gembira dan memberi reaksi positif terhadap tawaran pekerjaan yang diberikan kerana ingin berusaha mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Sebelum ini, PERGAK telah menghantar 22 orang bekas banduan memulakan kerja di syarikat pembuatan perabut di Kapar, Klang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: