Terkini

Winner Dynasty Group hulur sumbangan kepada keluarga asnaf

Kuala Lumpur – Yayasan Winner Emperor Sedunia dan Winner Dynasty Group hari ini memberi sumbangan kepada dua keluarga asnaf di PPR Taman Wahyu sebagai tanggung jawab kemasyarakatan bagi meringankan beban berikutan terjejas pandemik Covid-19.

Dua buah keluarga itu dipilih berdasarkan keadaan kesihatan yang kurang memuaskan berikutan masalah penyakit yang dihadapi serta merupakan antara golongan asnaf yang sangat memerlukan.

Oleh itu, Pengasas Yayasan, Dato Sri Liow Soon Hee mengambil inisiatif bagi meringankan beban mereka dengan menyumbang pelbagai barang keperluan, kerusi roda, tilam, mesin basuh, vitamin dan makanan asas.

Menurutnya, tanggung jawab sosial ini sentiasa dilakukan tidak mengira agama dan bangsa dan bantuan akan disalurkan bagi mereka yang benar-benar memerlukan.

Pemilihan golongan asnaf ini turut dibantu oleh Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWAM) dimana maklumat yang diberikan akan disalur kepada yayasan dan bantuan akan digerakkan untuk membantu nasib mereka.

Presiden, Amiludin Latif menyatakan sokongan kepada pihak yayasan dan berharap agar lebih banyak pihak kedepan bagi membantu warga asnaf. Beliau juga turut berbesar hati dan akan bekerjasama jika pihak yayasan ingin melakukan sumbangan ke mana-mana golongan asnaf.

Bagi penerima pertama, Hidayah Othman, 45 tahun merupakan orang kurang upaya (OKU) anggota badan manakala suaminya Bakri Abdul Latif, 42 tahun pula seorang oku cacat penglihatan.

Untuk penerima kedua, Alias Mohd Ali, 57 tahun seorang bekas anggota polis yang kini terlantar kerana menghidapi penyakit kanser lidah dan strok yang mempunyai anak perempuan yang menghidap kanser payudara.

Liow berkata, setakat ini yayasan tidak akan menghentikan memberi sumbangan dan bantuan kepada warga asnaf dan kurang upaya sebagai menyokong usaha kerajaan bagi memastikan keperluan rakyat terbela.

Yayasan Winner Emperor Sedunia sebelum ini dicatat sebagai penyumbang pelitup muka terbesar sebanyak 11 juta keping dalam Malaysia Book of Record.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: