Bisnes

Pemaju Melaka Gateway kecewa projek dibatalkan, mohon pertimbangan kerajaan negeri

Kuala Lumpur – Pemaju Melaka Gateway, KAJ Development hari ini meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri Melaka telah menamatkan perjanjian penambakan laut berkuat kuasa 3 oktober lalu.

Melalui kenyataan Pejabat Ketua Menteri Melaka, perjanjian yang bermula sejak 4 Oktober 2017 itu ditamatkan berikutan syarikat berkenaan didapati gagal menyiapkan projek mengikut tempoh ditetapkan.

Namun begitu, menurut Pengarah Eksekutif KAJ Development (KAJD), Datuk Michelle Ong, pihaknya menerima penamatan kontrak perjanjian tanpa sebarang notis dan tidak dimaklumkan alasan oleh kerajaan negeri.

Pihaknya juga turut merasa kecewa apabila Unit Perancang Ekonomi Negeri Melaka (UPEN) menyerahkan notis penamatan bersaiz A3 untuk projek ini.

Michelle menjelaskan, KAJD setakat ini telah membelanjakan RM700 juta dan projek ini telah siap 40%, memohon agar kerajaan negeri dapat memberi ruang kepada pihaknya untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian bersama.

“KAJD merasa kecewa dan terkejut kerana penamatan kontrak ini tanpa perbincangan dan alasan oleh kerajaan negeri Melaka, ianya tidak adil dan tidak masuk akal”.

“Konsesi penambakan yang ditamatkan ini memberi kesan kepada keseluruhan projek Melaka Gateway dimana ianya mampu membuka sehingga 45 ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia di saat ramai pada masa ini hilang pekerjaan kerana pandemik Covid-19.

“Bukan itu sahaja, melalui penyelidikan pasaran, projek ini juga memberi peningkatan kepada pendapatan kasar negara sehingga RM99 billion dan ini sesuatu yang positif, saya agak kecewa ianya ditamatkan sedangkan ia memberi impak yang baik kepada Melaka dan juga Malaysia” katanya dalam satu sidang media di ibu negara.

Tambahnya lagi, KAJD telahpun menghantar satu notis pada 16 oktober lalu untuk meremedikan pelanggaran dibawah Perjanjian Tambak Laut bagi mendapatkan kepastian tapi gagal. Sehingga kini, tiada maklum balas dari pihak kerajaan negeri.

Michelle juga turut menjelaskan, para pelabur antarabangsa kini merasa risau dan berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera dengan cara baik.

“Pihak kami diberi notis pada Isnin lalu, dan diarahkan untuk keluar daripada tapak projek dalam masa 14 hari.

“Apa yang kami harapkan sekarang agar pihak kerajaan negeri dan KAJD dapat duduk semeja dan berbincang secara baik agar projek ini kembali diteruskan.

Melaka Gateway adalah projek pembangunan komersial bercampur seluas 246.4 hektar terdiri daripada tiga pulau baharu dengan dua daripadanya adalah buatan manusia yang dijangka siap pada 2025.

Ia dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari 2014, yang menyifatkan projek itu dapat membantu sasaran kerajaan menerima kunjungan 36 juta pelancong menjelang 2020.

Projek itu merangkumi 12 presint antaranya pusat hiburan, pusat fesyen antarabangsa, penempatan dan aktiviti kapal layar taman bersejarah, taman kebudayaan dan resort pelancongan yang bakal menawarkan 15,000 peluang pekerjaan. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: