Paya Jaras – Lebih 3000 jawatan kosong pelbagai bidang ditawarkan dalam Program Jelajah Selangor Bekerja 2020 di Dewan MDKS, Saujana Utama hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Mohd Khairuddin Othman.

Beliau menekankan program tersebut membantu rakyat khususnya belia tempatan yang hilang pekerjaan atau mahu mencuba kerjaya baharu menghadiri temu duga.

Selain itu, program jelajah ini juga memfokuskan untuk mengurangkan kadar pengangguran di Selangor kepada 4.5 peratus.

Setiausaha kanan, Muhammad Syafiy Mazlan menyifatkan program ini memberi impak positif kepada pencari kerja dan perlu diperluaskan agar dapat membantu masyarakat yang terjejas berikutan pandemik Covid-19.

“Saya berharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun depan bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

“Program ini juga menggambarkan usaha serta inisiatif kerajaan negeri untuk membantu rakyat dalam pelbagai cara sama ada menerusi penganjuran program kerjaya mahupun secara virtual” katanya kepada Malaysianews TV.

Untuk rekod, Lebih 90 syarikat menyertai jelajah di lima lokasi bermula di Kuala Selangor, diikuti Gombak (21 November), Paya Jaras (22 November), Hulu Langat (29 Disember) dan Shah Alam (5 dan 6 Disember).

Antara peluang pekerjaan ditawarkan adalah pengurus jualan, pegawai penyelidik, juruteknik, operator pengeluaran, jurutera dan pelbagai lagi.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading