Bisnes

Kumpulan AirAsia terima Pengiktirafan Tujuh Bintang Teratas bagi Penilaian Kesihatan COVID-19

SEPANG – Kumpulan AirAsia menerima pengiktirafan tujuh bintang teratas daripada pakar keselamatan industri penerbangan Airlineratings.com, berikutan pelaksanaan pelbagai inovasi industri yang menjadikan pengalaman perjalanan lebih lancar dan selamat dengan ciri-ciri tanpa sentuhan.

Seperti yang digariskan di dalam laman web Airlineratings.com, syarikat penerbangan dinilai berdasarkan tujuh kriteria termasuklah maklumat yang menyeluruh mengenai prosedur COVID-19 di laman web, pemakaian pelitup muka, pemakaian peralatan perlindungan diri oleh kru kabin, perkhidmatan hidangan dalam penerbangan yang diubah suai, pembersihan pesawat berkala, peralatan pembersih peribadi dan penjarakan fizikal di dalam penerbangan.

Ketua Pengarang Airlineratings.com Geoffrey Thomas berkata “Kami berasa resah apabila mendapat tahu bahawa terdapat syarikat penerbangan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard COVID-19 yang dipersetujui untuk melindungi para penumpang dan kru kabin.

“Kini keadaan telah berubah dan pasukan kami akan meninjau kepatuhan operasi pada setiap minggu. AirAsia adalah salah sebuah syarikat penerbangan pertama yang melaksanakan semua cadangan secara agresif.

“Penilaian ini dibuat berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengikut garis panduan keselamatan serantau dan antarabangsa.”

Beliau menambah “Anda jauh lebih berisiko dijangkiti oleh COVID-19 dalam perjalanan ke lapangan terbang daripada di lapangan terbang atau di dalam pesawat.”

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia, Javed Malik berkata “Kami mengucapkan terima kasih kepada pakar industri penerbangan di Airlineratings.com atas pengiktirafan ini yang memberi keutamaan untuk memastikan perjalanan udara di dalam norma baharu ini lebih selamat dan lancar tanpa sentuhan. Inovasi telah menjadi sebahagian daripada DNA kami dan ini merupakan bukti kerja keras yang telah dilakukan oleh pasukan kami untuk terus merevolusikan perjalanan udara, mengurangkan kos dan meningkatkan pengalaman para tetamu.”

Awal minggu ini, AirAsia telah melancarkan inovasi terbaru, Scan2Fly, teknologi terkemuka industri bagi menentukan kelayakan para tetamu untuk terbang sebelum mereka tiba di lapangan terbang, termasuklah pengesahan masa nyata bagi dokumen kesihatan.

Dengan Scan2Fly, tetamu AirAsia kini boleh mengimbas dan memuat naik sijil perubatan mereka semasa proses daftar masuk dalam talian. Dokumen tersebut akan diproses untuk mengesahkan sama ada tetamu tersebut diluluskan untuk terbang oleh pihak berkuasa berkenaan dan memiliki Sijil Negatif COVID-19 yang sah. Setelah dokumen dimuat naik, laporan akan diberikan secara automatik beserta status kelulusan dan akan memaparkan sebab jika tidak lulus. Sistem tersebut kini tersedia untuk beberapa buah penerbangan AirAsia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) ke/dari Singapura dan ke/dari Surabaya, serta bakal dilancarkan untuk penerbangan ke/dari Jakarta tidak lama lagi. Sistem ini juga akan diperkenalkan ke destinasi AirAsia yang lain, di mana dokumen perjalanan yang sah diperlukan sebelum membuat perjalanan.

Pada masa yang sama, AirAsia mengumumkan beberapa peningkatan perkhidmatan termasuklah perkhidmatan daftar masuk beg automatik, teknologi pemeriksaan suhu mudah alih, dan teknologi pengecaman wajah biometrik F.A.C.E.S. (Fast Airport Clearance Experience System) – sistem pengecaman wajah tanpa sentuhan. Syarikat penerbangan ini juga akan terus melaksanakan pelbagai sistem tanpa sentuhan yang lain seperti pengurusan identiti digital di seluruh ekosistem perjalanan dan kewangannya. Selain teknologi sedia ada, pelbagai inovasi akan diumumkan tidak lama lagi selari dengan transformasi AirAsia kepada sebuah platform perjalanan dan gaya hidup sehenti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: