Terkini

Isu infrastruktur, pengajian tinggi antara dibangkitkan Dewan Rakyat hari ini

KUALA LUMPUR – Isu infrastruktur asas di kawasan luar bandar Sabah dan pendidikan melibatkan Institusi Pengajian Tinggi adalah antara perkara dijangka dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam sesi soal jawab yang bakal diajukan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar mengenai status projek infrastruktur asas luar bandar di negeri itu khususnya projek jalan, bekalan api dan bekalan air.

Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) pula mengajukan soalan kepada Menteri Pengajian Tinggi mengenai langkah proaktif pengurusan pentadbiran universiti awam menyediakan jadual kuliah secara dalam talian terutama kepada mahasiswa baharu bagi sesi Oktober lepas dan tindakan strategik bagi memastikan setiap mahasiswa tidak tercicir mengikuti silibus dan jurusan masing-masing.

Seterusnya, Noorita Sual (PH-Tenom) bertanya kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia tentang langkah yang telah dan sedang diambil kementerian untuk meningkatkan tahap sistem komunikasi dan capaian internet khususnya di daerah pedalaman di Sabah.

Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam) pula meminta Menteri Kewangan memperincikan jumlah peruntukan, jumlah diluluskan, jumlah pemohon dan jumlah penerima bagi setiap skim, program dan dana di bawah program LAKSANA serta faktor sesetengah skim mendapat sambutan kurang memuaskan.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.

Setakat semalam, lapan kementerian telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan yang bermula pada Isnin.

Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 Nov hingga 26 Nov.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: