Gaya Hidup

realme C15 dengan bateri 6,000 mAh serendah RM599

Petaling Jaya – Sejak jenama realme memasuki pasaran Malaysia, dapat dilihat jenama ini sangat agresif dalam mengeluarkan telefon pintar yang berbaloi dan mampu milik sekaligus menjadi pilihan pengguna. Jika pada Ogos lalu jenama ini telah melancarkan model C12, kini jenama ini kembali lagi melalui siri yang sama melalui model C15.

Mulai dilancarkan secara rasmi pada hari ini, realme C15 menawarkan lebih banyak lagi perubahan terbaru khusus buat mereka yang mahukan telefon pintar dengan harga mampu milik berbanding realme C12. Ayuh ketahui lebih lanjut kami mengenai model realme C15 ini.

Dari segi rekaan, realme masih lagi menggunakan paparan yang sama seperti model sebelumnya dengan penyertaan skrin 6.5-inci LCD. Resolusi 20:9 yang ditawarkan membuatkan model ini lebih sedap untuk dipegang. Capaian pada keseluruhan skrin juga lebih mudah meskipun hanya dengan menggunkan sebelah tangan.

Notch pada realme C15 juga dilihat lebih kecil berbanding model-model keluaran tahun lalu. Dinamakan sebagai Mini-drop, rekaan baharu ini pastinya membuatkan pengalaman penggunaan anda tidak lagi ternganggu sama ada sewaktu bermain game mahupun ketika menonton video.

Lebih memudahkan, model ini turut ditawarkan dengan instant fingerprint scanner di mana para pengguna boleh terus unlock realme C15 menerusi yang terletak pada bahagian belakang model ini.

Sesuai sebagai sirinya yang disasarkan buat pengguna low end, model ini dilengkapkan dengan processor Snapdragon 460 beserta RAM 3/4GB mengikut varian.

Dalam pada itu, jangan pandang mudah dengan spesifikasi model ini kerana realme C15 diuji mampu menjalankan aplikasi-aplikasi berat serta pelbagai game dengan baik. Ruang storan bagi model ini pula ditawarkan bermula daripada 64/128GB mengikut varian. Seperti model sebelum ini, model ini turut menggunakan ROM daripada jenama mereka iaitu realme UI.

Bateri 6,000mAh

Perkara menarik serta menjadi tarikan utama pada model ini sudah pastinya kapasiti baterinya yang besar. Dalam erti kata lain, anda tidak lagi perlu risau untuk mengecas selepas beberapa penggunaan kerana model ini mampu bertahan melebihi seharian penggunaan untuk satu pengecasan penuh.

Lebih hebat, model ini mampu bertahan sehingga 48 hari menerusi standby mode sekaligus menunjukkan kehebatan sistem yang digunakan dalam mengelakkan bateri telefon ini tidak mudah drain dengan pantas.

Super Power Saving Mode

Sokongan Super Power Saving Mode juga antara yang turut membantu model ini mampu membuatkan pengguna lupakan penggunaan pengecas untuk kerja seharian.

Menerusi fungsi ini, para pengguna dibenarkan sehingga enam aplikasi yang kerap digunakan dan diaktifkan sekaligus membuatkan realme C15 mengabaikan aplikasi lain bagi memfokuskan kepada aplikasi terpilih meskipun secara pemprosesan latar belakang.

Bukan sahaja ditawarkan dengan bateri yang besar, para pengguna nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mengecas realme C15. Hanya 30 minit diperlukan untuk memastikan 25% bateri model ini terisi. Semuanya kerana realme turut menawarkan pengecas 18W bersama pembelian telefon pintar ini.

Ultra-wide Kamera

Tidak hanya memfokuskan kepada bahagian spesifikasi dan bateri semata-mata, model ini turut menawarkan perubahan terbaru berbanding model sebelumnya. Jika realme C12 sekadar dilengkapi tiga kamera, kini model ini sedia menawarkan sehingga empat kamera.

Menerusi model realme C15, model ini berjaya menjadi model pertama daripada siri ini dengan penyertaan kamera ultra-wide. Lensa ini telah ditawarkan dengan sensor 8-megapixel.

Pada bahagian kamera utama pula, realme C15 hadir dengan aperture f/2.2 sekaligus membolehkan lebih banyak pencahayaan pada gambar membolehkan model ini menghasilkan gambar yang terang dan jelas.

Lensa ketiga yang disertakan pada model ini adalah B&W retro lens di mana lensa ini bertanggungjawab menghasilkan efek yang artistik pada potrait mode sama ada untuk monokrom mahupun berwarna. Menarik bukan?

Nightscape mode

Sangat jarang sekali untuk kita lihat telefon dengan harga mampu milik memfokuskan pada night mode. Namun tidak bagi realme. Jenama ini berjaya menawarkan spesifikasi seakan telefon pintar flagship menerusi fungsi yang dinamakan sebagai Nightscape mode.

Menerusi mode ini, pengguna bakal mampu mengambil gambar dalam cahaya malap namun masih mampu menghasilkan imej yang baik.

RM599 sahaja!

realme C15 sedia ditawarkan dengan harga RM599. Sebuah harga yang sangat berbaloi untuk sebuah telefon pintar low-end namun masih lagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan pengguna seharian menerusi bateri berkapasiti besar 6,000mAh.

Sebanyak dua warna sedia ditawarkan buat para pengguna iaitu Marine Blue dan Silver Seagull. Para pengguna yang berminat boleh mendapatkannya bermula tengah malam ini bertarikh 25 November 2020, para pengguna turut berpeluang mendapatkan realme watch pada harga serendah RM99 sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: