Gaya Hidup

Google papar doodle Biduanita Saloma

BAGI sesiapa yang mengikuti filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee, pasti mengenali pelakon dan penyanyi Puan Sri Saloma, atau nama sebenarnya Salmah Ismail.

Selain berlakon, termasuk dalam filem Ahmad Albab dan Seniman Bujang Lapok, Allahyarham Saloma banyak menyanyikan lagu latar untuk filem-filem arahan P Ramlee.

Jika anda pergi ke majlis perkahwinan, anda pasti akan dihiburkan dengan lagu dendangannya iaitu Selamat Pengantin Baru yang dicipta oleh P Ramlee sendiri.

Bukan itu sahaja, isteri ketiga P Ramlee ini juga popular dengan lagu seperti Malam Bulan Dipagar Bintang, Malam Ku Bermimpi dan Bila Larut Malam.

Bukan sahaja terkenal dengan nyanyian dan lakonannya, malah Saloma juga dianggap sebagai ikon fesyen pada ketika itu.

Oleh itu, pada tanggal 26 November 2020, Google Doodle telah memaparkan doodle khas Saloma di enjin carian mereka.

Pemilihan tarikh tersebut juga bersempena penganugerahan Biduanita Negara pertama kepada Allahyarham oleh kerajaan Malaysia pada ketika itu.

Terima kasih Google Doodle.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: